Tuesday, January 11, 2011

MOHD FADLI ZAKARIA TERIMA SURAT TAWARAN UNTUK BERKHIDMAT SEBAGAI JURULATIH KOKURIKULUM SUKAN (HHHC9118), UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)

Pada 27 Dec 2010, SM telah terima sms dari Pusat Sukan UKM mengenai hasrat mereka untuk mencadangkan nama SM sebagai tenaga pengajar bagi subjek ko-kurikulum untuk semester ini. Dari tarikh itu, bermulalah penglibatan SM dalam pembangunan sukan catur di UKM. Sekiranya semua berjalan lancar, kelas ko-kurikulum catur akan bermula setiap hari Sabtu bermula minggu ini jam 8 hingga 11 pagi di UKM.
Ini adalah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang ke-4 SM terlibat dalam catur. Pada tahun 2007 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), pada tahun 2008-2009 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), pada tahun 2010 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) manakala pada tahun ni (2011) pula di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Dengan pengalaman begitu luas yang SM telah belajar dari segi perbezaan cara pembelajaran dan pengurusan aktiviti sukan bagi setiap IPTA ini, telah memberi banyak idea dan corak baru sistem pembangunan pembelajaran dan pengurusan yang SM akan laksanakan pada tahun ini di sekolah rendah, sekolah menengah dan juga IPTA/S.


Gambar - gambar menarik semasa Taklimat Ko-Kurikulum Sukan (HHC9118)



No comments: