Saturday, January 22, 2011

PERJUMPAAN KE-2 BERSAMA PELAJAR KO-K CATUR UKM @ 22 JANUARI 2011


Sembilan sahaja pelajar catur Ko-K UKM yang hadir pada perjumpaan kali yang ke-2. Sebab ramai ada exam pada hari Sabtu tersebut. Perjumpaan ke-2 bersama jurulatih Catur adalah juga di Stadium UKM iaitu sessi pagi jam 8.30 pagi - 10.30 pagi dan kelas ganti pada 2pm hingga 4pm. Memandangkan pada semester ke-2 ini, Ko-K bermula agak lewat maka semua sukan yang terlibat dengan Ko-K terpaksa mencari jalan untuk menghabiskan sebanyak 28 jam perjumpaan jurulatih dengan pelajar untuk semester ke-2 dan juga untuk pastikan pelajar dapat menghabiskan 52 jam belajar cara kendiri bagi semester ke-2 ini. 

Saturday, January 15, 2011

PERJUMPAAN PERTAMA SEMUA SUKAN KO-K UKM DI STADIUM UKM @ 15 JAN 2011 (SABTU)

Salah satu pandangan dari tempat duduk stadium UKM.

Kelihatan di padang, dah diletakkan papan tanda bagi setiap sukan Ko-K UKM. Pelajar dikehendaki berdiri di belakang papan tanda mengikut sukan masing-masing sekejap lagi.



Kelihatan SM sedang duduk bersama-sama para pelajar yang terlibat dalam pelbagai jenis sukan Ko-K UKM.

Alamak! Ada sessi senaman pulak sebelum taklimat pertama di perjumpaan pertama semua pelajar UKM yang terlibat dalam program Ko-K UKM semester ke-2. Nasib baik SM sudah bersedia kalau-kalau kena bersenam juga.

Ramainya pelajar dan jurulatih sukan hadir pada perjumpaan pertama. SM juga turut kena hadir selepas dilantik sebagai jurulatih bagi Ko-K sukan UKM bagi permainan catur.

Tuesday, January 11, 2011

MOHD FADLI ZAKARIA TERIMA SURAT TAWARAN UNTUK BERKHIDMAT SEBAGAI JURULATIH KOKURIKULUM SUKAN (HHHC9118), UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)

Pada 27 Dec 2010, SM telah terima sms dari Pusat Sukan UKM mengenai hasrat mereka untuk mencadangkan nama SM sebagai tenaga pengajar bagi subjek ko-kurikulum untuk semester ini. Dari tarikh itu, bermulalah penglibatan SM dalam pembangunan sukan catur di UKM. Sekiranya semua berjalan lancar, kelas ko-kurikulum catur akan bermula setiap hari Sabtu bermula minggu ini jam 8 hingga 11 pagi di UKM.
Ini adalah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang ke-4 SM terlibat dalam catur. Pada tahun 2007 di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), pada tahun 2008-2009 di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM), pada tahun 2010 di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) manakala pada tahun ni (2011) pula di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Dengan pengalaman begitu luas yang SM telah belajar dari segi perbezaan cara pembelajaran dan pengurusan aktiviti sukan bagi setiap IPTA ini, telah memberi banyak idea dan corak baru sistem pembangunan pembelajaran dan pengurusan yang SM akan laksanakan pada tahun ini di sekolah rendah, sekolah menengah dan juga IPTA/S.


Gambar - gambar menarik semasa Taklimat Ko-Kurikulum Sukan (HHC9118)